Asal-usul penubuhan Majlis_Perbandaran_Kulim

Pegawai Daerah Kulim

Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) ""Kulim Sanitary Board"" yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Pada 28 hb. Febuari 1998 Majlis Mesyuarat Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1hb. Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dcadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.

Pada 16hb November 1998 Y.B Dato’ Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan keatas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPPK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu Y.B Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan.

Berikutan dengan itu, maka pada 6hb Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincanngkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30hb. Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharaan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim. Maka dengan ini, mulai 1hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPPK).Percantuman :

  • Kulim Sanitary Board
  • Lembaga Bandaran Kulim
  • Majlis Bandaran Kulim Utara
  • Majlis Bandaran Kulim Selatan
  • Majlis Tempatan Lunas
  • Majlis Tempatan Padang Serai
  • Majlis Tempatan Junjung
  • Majlis Tempatan Mahang
  • Majlis Tempatan Merbau Pulas
Daerah
Bandar Utama
Alor Setar (Ibu Negeri Kedah) • Sungai Petani (Bandar Terbesar Negeri Kedah) • KulimLangkawiPokok SenaJitra
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Pulau Dayang BuntingPulau LangkawiPulau PayarPulau SongsongPulau Bunting • Pulau Telor • Pulau Bidan • Pulau PerakPulau Tuba
Sungai
Gunung
Tasik
Tasik PeduTasik BerisTasik Dayang Bunting • Tasik Darulaman
Gua
PBT
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) • Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) • Majlis Perbandaran Kulim (MPKk) • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) • Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) • Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBBk) • Majlis Daerah Baling (MDB)• Majlis Daerah Yan (MDY) •Majlis Daerah Pendang (MDP) •Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) •Majlis Daerah Sik (MDS)
Zon Khas
Wilayah Ekonomi Koridor Utara • Wilayah Ekonomi Kaki Lima Tengah